Selamat Hari Raya kepada semua kawan-kawan aku terutamanya kawan yang sedang baca blog aku ini . :) Aku nak mintak maaf kalau ada buat salah ape-ape dekat korang semua . tolong maafkan aku kalau ade buat korang marah , sedih , kecewa , bengang dengan aku or stuff like that mahupun salah aku itu sekecil virus muka buku dan sebesar alam Allah ini . kalau nak raya rumah aku , roger-roger la k . korang sangat dialu-alukan . :) Maaf Zahir dan Batin . :)
Hari Selepas Rabu dan Sebelum Jumaat .
hari ni tak belajar lagi . asyik main Sahibba je ? dah x de keje ke ? LOL .
Best la tak belajar :D kbai
TENGAH MALAM INI AKU HAPPY SANGAT ! DAPAT CHAT DENGAN DIA . MUAHAHA
Hari Selepas Selasa dan Sebelum Khamis
-aku tak datang kelas Bahase Negara Matahari Terbit . aku bangun lewat . jam 11.30 am . -.- memang
dah tak sempat langsung . buat malu saja kalau datang lewat . dah tak dapat tengok Misato Sensei
last study . ;'(
- masa Seni Visual , aku main warna-warna muka Bapa Kemerdekaan . portret dia pun pelik semacam .
tapi muda lah beliau . ;)
- masa Sivik , aku main Sahibba dengan aten , arez and dhirah . macam-macam kitorang buat . bosan~ lol
- lepas rehat , tak belajar .. #megusta
- masa Agama Islam pelajaran , pergi surau . solat . baca yasin . and main lompat-lompat , kejar-kejar .
tak de adab dalam surau betul . haish . bulan Ramadhan pulak tuh .
- then masa Bahasa Negara , ttak belajar juga~ kitorang lepak-lepak . arez main gitar , aku tengok dia main , lepastuh aku borak-borak dengan geng tiah . tu je . aku berdoa setiap masa ~
hari ni x de apa-apa peristiwa yang menarik un . just untuk Bahasa Jepun , aku terpilih untuk pergi festival Jepun September ini . alahai happy nya . tapi dengan syarat , tahun depan tak boleh berhenti . ._.
ouh and tadi , cikgu Helmy datang sekolah , bagi samting lawa . but u know apa yang fucking sangat ?! Dia tak bagitau pon yang dia nak datang BBST . eh kalau kau dah taknak kenal kitorang , jumpa kitorang , balik je la johor bodoh kau tuh . #maaf sesape yang kampungnya di Johor .
aku jagi cikgu Geografi . En Firdaus , Cik Fathiah dan Cik Amira . #megusta
and the worst thing is , aten cakap aku gay . defak ? tak mungkin aku gay . aku cinta sangat dekat Fathiah . tak de sape yang aku cinta kan lagi . takde ! apatah lagi kaum sejenis dengan aku , bak pepatah aten , 'ewwww' ..
tak pernah pun aku gay , tapi kalau setakat peluk laki tu biase la . be open babe . x pernah pulak aku cium laki. ._. lol . satu je kenyataannya . aku berani bersumpah aku tak homoseksual a.k.a gay . harap maklum .
aku minta maaf kalau ada salah apa-apa dekat kamu semua .
- aku nak masa aku form one dulu
- aku nak masa aku rapat dengan azam
- aku nak masa aku duduk sebelah azrul
- aku nak masa aku rapat dengan Fathiah
- aku nak masa teacher Devagi jadi guru kelas
- aku nak masa arez dengan aten couple
- aku nak masa aku dengan zul sama kelas
- aku nak masa aku duduk bawah kipas
- aku nak masa semua kawan aku belum matang lagi
- aku nak masa aku kawan dengan aten
- aku nak masa 'dia' mencintai aku
lapan belas ogos dua ribu sebelas .
HARI YANG SANGAT MENGECEWAKAN . SANGAT !
hari ni aku berbuka dekat Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah .
sedappppp . boleh melawan Concorde KLIA nih . haha .
aku beli baju Melayu . warna biru . baju tu burok . sumpah burok . aku tak kesah pon , sebab aku pakai
masa solat sunat Raya then tanggal pkai baju lain ,. kesian ayah aku beli baju melayu seratus lebih pkai
sekali je . thanx dad . ;')
aku kesian dekat Arez . lepas nih sape pulak nak sakitkan hati dia lagi ?
kbai . *tak de kene mengene dengan title . LOL .
hari gila . hari best . hari bosan . hari ngantok .
kenapa azam dengan arez tak hadir ? ! ! ! aaaaa ! bosan gila kalau tak de dorang berdua .
hari ni dapat kertas Bahasa Jepun . aku dapat 61 . haha ! 1st time dapat C . B pon tak pernah dapat lagi .
inilah mat Jepon celop . haha . Misato sensei <3
kelas 2 Budi berpindah dekat 1 Mulia a.k.a 1 Sains 1 .. lawa la jugak kelas tu . tapi dulu lagi lawa sebab
hasil karya Fathiah . :D aku duduk sebelah Putra . tak sangka duduk sebelah dia lagi . nak reserve
tempat Harith . tapi tak boleh . alahai sedihnya . tapi nanti arez suka la kot tak duduk sebelah aku . d
duduk dengan azam . lalala :$
aku beli Kampai . sedap do !
Hari Isnin , 15 Ogos 2011.
- aku tengok cerita nur kasih the movie dekat sekolah . cerita tu memang menambat hati
aku . sedih betol cerita dia . aku nak nangis , tapi Azam cakap tahan nangis tu . coz kalau aku
nangis , dia nangis jugak . alahai sweet nya ~ btw , x menyesal la aku tengok cerita tu .
:D
- masa perhimpunan , kenapa perlu ada perhimpunan pada bulan Ramadan ? penat la
pelajar . haish . ada sambutan bulan kemerdekaan yang ke-54 . aku jadi private photographer
cikgu Rasyidah . aku snap gambar sana , aku snap foto sini . tapi bosan .bosan sangat .
- ramai pelajar ponteng . penat aku dan pengawas-pengawas yang lain kejar . romantik
sangat . harith kesian dia , penat . da la sahur makan cereal je . haha .
- Harith tak datang besok . dia ada exam gitar . apa yang aku nak buat kalau dia takde ?
mesti bosan zaman persekolahan aku esok . :( selamat tinggal arez . i'm gonna miss you . *2 hari
pon tak dapat jumpa dia . sengal betol la MFA ni .
hari ni aku lapar sangat . sebab tak sekolah . dok rumah je tak tau nak buat apa . bosan . tu la perut pon asyik merungut je .
hari ni aku berbuka kat Nilai Springs Resort . aku jumpe cikgu Anidah . wow! kaya nya cikgu berbuka kat hotel . gaji jadi cikgu banyak kot .
ok . tamat .
Tapi aku tetap bersyukur . aku harap PAT nanti aku dapat kalahkan dia ! aku nak 8A+ ! amin~
2 - Masa Sains , berlaku pedebatan yang besar , antara Harith dan Teacher Devagi . Ya Allah aku tengok
Harith macam fail pulak sains sampai nak debat-debat macamtu . Dia nak nangis dah . well ,bestnya
dapat kawan yang suka menegakkan keadilan . :D
3 - Inilah peristiwa masin nya . aku kehilangan seorang kawan baik aku , Fatin .
dia cakap dengan Azam , yang aku ni dah tak da dalam kamus hidup dia . and dia menyesal kawan
dengan aku . HAHA ! dia dah taknak kawan dengan aku dah . pasal benda kecik , dia sampai
taknak kawan dengan aku . alahai , bodoh nya dia tu . aneh sangat dapat kawan macam dia .
biarlah . and dah cipta rekod hidup aku ni , dia lah kawan first yang putuskan friendship
dengan aku . maklumlah , ego dia besar . macam puteri raja . selamat tinggal Fatin .
Assalamualaikum . #megusta
I wonder , and wonder , super wonder .
Why my friends doesn't trus me anymore ?
Why my friends hate me ?
Why they like to fool me ?
Sometimes , i felt that i'm not their bestfriend anymore .
Maybe its the truth .
It just weird , or maybe i'm the one who weird ?
a freak ?
sape nak bace , bace . lol .
heh aku marah la dekat ayah aku ! Dia cakap aku ni habis masa dengan laptop and tak study . Padahal dia balik kerja pukul 10-11 macamtuh . mana dia tau aku study ke tak ? kalau malam-malam memang la kau online . tapi sebelum tu aku dah study .Ayah mana tau . Then cakap nak stop broadband la . Tengok apa yang ada depan mata dia je . bukan nak siasat dulu . Mak pon bukan nak backup aku . :/ Everyday aku study . mak aku nampak . mak aku ada 24/7 kat rumah . tapi mak aku tak backup . aku harap mak aku cakap dengan ayah aku . Nanti kalau keluar result ub2 ni harap-harap baik . Kalau tak memang marah la ayah aku . Aku tak kesah pon takde broadband . Tapi nanti nak contact kawan-kawan macammane ? kalau pakai henfon dia marah pulak . Pastu tak kan ank topup tiap2 hari . Menghabiskan duit orang . bengang betol la .!
errghhh !
Permulaan hari Rabu , aku cuak . dengan Kemahiran Hidup Bersepadu (Perdagangan dan Keusahawan) , Geografi dan Sains . semua kawan sekelas aku kelam-kabut membelek kitab ilmu . aku pon tergolong dalam golongannya juga . setelah baca , baca dan baca , "baiklah murid-murid , letak beg dekat belakang , simpan semua buku , duduk tempat masing-masing" :O semua cuak . aku rasa maybe aku je kot yang cuak .
doa dipinta . exam start . Kemahiran Hidup , aku duduk sebelah Putra dan Najwa , depan aku Affea dan dibelakangku gadis yang pandai , Fathiah Husna . aku ni titik rujukan la . lol . KH boleh tahan senangnya .
Alhamdulillah . aku target A . tapi maybe atas pagar je kot .
seterusnya , Sains . teacher Devagi bagitau la ape yang keluar detail-detail , tapi kalau study last minute , tak masok kepala otak sangat la . haish . berserah kepada Yang Maha Esa . target A . :)
selepas solat Asar , exam Geografi . kalau yang ini adalah 1/2 jam time untuk study . aku duduk dekat geng Mira dengan Arez . aku tak boleh nak study , tahu kenapa , sebab aku dengan Arez tengok modul Mira , tergelak-gelak kitorang dengan jawapan dia yang agak mengarut sikit . haha . aku ingat satu je , ini .
"kebanyakan penduduk TINGGI di luar bandar . it supposed to be 'TINGGAL' . jadi aku dan arez gelak sampai sakit perut aku . titisan air mata ketawa aku tertumpah di atas modul Mira . Mira pon marah aku .
Exam PKS II berakhir jugak . aku tak tau aku sakit apa , tapi maybe aku happy sangat sampai pencilbox kesayangan aku yang penuh dengan keychain pemberian orang tersayang tertinggal dekat meja . kalau hilang , aku tak akan maafkan diri aku , and orang yang cilok pencilbox tuh .
Insyaallah tak hilang . amin~~~ itu je . kbai .
saat duka tiba lagi . kini lebih besar dugaannya .
heh . aku lupa nak taip satu cerita ini .
semalam , hari Ahad , aku berbuka di Concorde Hotel Shah Alam . Kawan ayah aku belanja satu family berbuka situ . makanan dia boleh tahan . tapi aku rasa Concorde Inn KLIA lagi banyak makanan dia . Ayah aku memang hebat ! haha .
so semalam , ada budak hot duduk dekat depan meja aku . lawa gila ah dia ! muka dia macam Anis Syazwina tapi dia lagi lawa . aku rasa dia maybe form 2 or 3 kot . masa aku makan , aku selalu usyar dia . aku rasa maybe dia perasan . tapi aku tak kisah lah . nak cuci mata bulan Ramadan nih . haha . then masa dia nak balik , dia pandang aku , aku senyum kat dia . dia pon senyum kat aku , aww aww . tak malu betul si Firdaus nih . haish .
tapi tapi ! aku setia pada yang satu k . aku akan tetap suka dekat gadis yang telah membuatkan aku jatuh cinta kat dia . girl , i love u . :)
hari berpuasa . aku selsema . demam . sakit perut . tapi aku masih mahu berpuasa kerana aku tak nak ganti hari lain . sebab berpuasa di hari lain tak sama bila puasa pada bulan Ramadan .
Penilaian Kurikulum Sekolah Dua .
hari pertama . Sejarah . Baasa Melayu . Pendidikan Agama Islam .
Sejarah boleh senang la jugak . maybe fifty fifty . aku target A . tapi maybe 70>
Bahasa Melayu . agak senang . yang ini aku target maybe atas pagar je .
Pendidikan Agama Islam . sangat senang . muahaha . target 90> , tapi maybe 80> .
Esok ujian Bahasa Jepun . Matematik :/ . Bahasa Inggeris . Doakan sahabatmu ini k supaya dapat menjawab kertas-kertas dengan tenang dan betul semua . muahaha . thanx . Assalamualaikum .. :)
Hari Sabtu . Hari cuti sekolah .
selepas bersahur , aku baca novel Pecah , lalu solat Subuh . selepas memohon doa kepada Allah . aku masuk tidur . aku mengalami mimpi yang sangat lucah . mengapa mimpi begini di bulan Ramadhan ? haish . hawa nafsu . begitulah manusia . tidak perlulah aku ceritakan apa mimpiku ini . terok .
berpesanan ringkas dengan arez . menceritakan mimpi ku ini . dia cakap . kenapa tak filter ? boleh ke mimpi kita filter ? ?? aneh . selepas itu , dia kembali tension terhadap jerawatnya . sangat merunsingkan aku . kenapa pulak aku nak kesah pasal jerawat dia ? aku ikhlas kawan dengan dia . aku bukan gay nak kawan dengan yang kacak2 takde jerawat saje . arez sangat pelik . aku ikhlas kawan dengan kau . tak kesah penampilan kau macammana . aku kesah ape .
btw , hari ini aku akan berbuka di Concorde Inn Klia . di situ , aku akan berjumpa dengan Cikgu Hafsah . Beliau berbuka di situ juga . aku harap hari ini lebih baik . sekian ~
sekali lagi hidupku terancam . bukan terancam , di ancam kot ? entah .
harith , again dia still tak trust aku sepenuh nye lagi . aku tak tahu bila saat tu akan tiba sehingga dia betul2 percaya kan aku . jerawat . aten .disalahkan . wawan .
aku cuma menahan dalam hati pabila dia cakap macam2 dekat aku . salahkan diri aku . aku tak tau ! bullsit . aku ikhlas kawan dengan dia . aku taknak kehilangan kawan macamtuh . aku taknak . aku taknak !
Ya Allah . Tolong hambamu ini . ;'(
daus , stop online selalu , pergi study . exam around the corner je . sudah !
salam pada rakyat blogger .
hari yang memenatkan kembali lagi . aku tak tau la kenapa penat sangat hari ni . nak cakap tak makan kurma , dah makan 2 biji masa sahur tadi . kenapa dan mengapa ?
kisah percintaan sahabat karibku , H.A.H.A .
pasal Harith dengan Aten , diorang tu memang suka gadoh-gadoh manja . sweet la katakan . tapi aku tak tahan bila diorang gadoh dan arez menangis . like WTF ?! kalau aku tak tahan , gerenti aku pon menitis minuman kat mata aku ni jgak . haish . stop fighting and go on k . :)
pasal Hani dan Azam . salah Azam . bukan salah Hani . Azam yang malu sangat nak cakap dengan hani sehingga membuatkan Hani terasa yang diri dia tidak mempunyai boyfriend pon . dia rasa yang Azam tu langsung tak ambil kisah pasal dia , nak jumpa and borak pon malu , nak jumpa mak mertua pon segan . terserempak dengan Pn Hanizam , larikan diri . memang Pn Hanizam fikir lain la nanti . haish . nak wish birthday pon malu . aku pon tak tahu apa yang dimalukan oleh dia . bukan nye dia telanjang pon . aneh .
WALAU APAPON , DIORANG PASANGAN YANG SWEET . :)
Assalamualaikum semua .. jadi hari ini tidak berlaku apa-apa peristiwa yang menarik ponn . errm
The story beginsssss ~~
waktu kedua pembelajaran , aku terbaca satu buku catatan kawan aku . setelah aku belek , baca dan belek , aku terjumpa something , di situ tertulis sesuatu yang tidak baik pasal aku . aku terkejut semasa tengah baca buku tu . tapi actually , kenyataan tu maybe salah aku jugak . aku memang ada buat sesuatu yang salah terhadap dia . tapi aku dah mintak maaf kat dia . sekarang cuma tunggu detik untuk dia memaafkan kesalahan aku ~~
waktu last , waktu Bahasa Melayu , Puan Haslina .. aku dan kawan-kawanku lepak di dewan terbuka selepas solat Asar di surau sekolah . dan ~~ itu je . kbai .
Al-Kisah seorang budak yang bernama Firdaus a.k.a Harry Potter . Sangat taksub akan Harry Potter dan spell-spellnya . Jadi fenomena yang telah berlaku di dalam bilik darjah agak memilukan dan memenatkan . Hari ini aku menjadi seorang musafir yang hidup di padang pasir tanpa secawan air mahupun secubit makanan . Hari yang sangat memenatkan . Jadi hari ini peristiwa yang sama berlaku lagi . Aku duduk di sebelah kawan baikku iaitu Harith Nadzmi Zulhazmi a.k.a GM10v . Harith masih bergurau dengan aku pasal aku dengan seorang gadis yang tak seberapa hot , Fatin Nursyafiqah . Dia bicara itu adalah hanya gurauan semata-mata . Tetapi bila kau berfikir kembali , sudah sah di mahkamah bahawa Harith tidak bergurau . Dengan muka dia yang serius . Haish . Aku harap perkara ini cepat diselesaikan . Aku sentiasa berdoa 5 kali sehari tapi kadang-kadang 4 kali sahaja supaya kawan baikku percaya terhadap kawan aku sendiri . Kini , aku hanya menunggu Allah SWT untuk mengabulkan doaku ini . amin~~
Sejenak di bilik darjah ..
Aku berborak dengan geng-geng Mira dan buah hatiku *coughcough . Kami berborak , bergossip dan meluahkan apa yang ada di dalam kotak fikiran masing-masing . Kami meluahkannya di atas sehelai kertas putih bersaiz A4 . Banyak pen yang berwarna dikarya di atas kertas itu . Aku menggunakan pen Papermate 300 Gel 0.7 yang berwarna biru terang . Aku banyak mengeluarkan darah-darah di hatiku dan darah itu aku coretkan di atas kertas putih tadi . Pada masa itu jugalah aku menghadapi masalah dengan kawan baikku . Aku tak tahulah apa salah aku . Dia tertiba je . Tapi aku endahkannya kerana aku tau sifat marah dan cepat merajuk itu sudah terpahat dan dipaku dalam dirinya . Endahkan sahaja~~ Aku harap , dia berubah dan menjadi seorang gadis yang baik dan disayangi oleh kaum Adam dan disanjungi oleh kaum Hawa . MAAFKAN AKU :|