Sejenak di bilik darjah ..
Aku berborak dengan geng-geng Mira dan buah hatiku *coughcough . Kami berborak , bergossip dan meluahkan apa yang ada di dalam kotak fikiran masing-masing . Kami meluahkannya di atas sehelai kertas putih bersaiz A4 . Banyak pen yang berwarna dikarya di atas kertas itu . Aku menggunakan pen Papermate 300 Gel 0.7 yang berwarna biru terang . Aku banyak mengeluarkan darah-darah di hatiku dan darah itu aku coretkan di atas kertas putih tadi . Pada masa itu jugalah aku menghadapi masalah dengan kawan baikku . Aku tak tahulah apa salah aku . Dia tertiba je . Tapi aku endahkannya kerana aku tau sifat marah dan cepat merajuk itu sudah terpahat dan dipaku dalam dirinya . Endahkan sahaja~~ Aku harap , dia berubah dan menjadi seorang gadis yang baik dan disayangi oleh kaum Adam dan disanjungi oleh kaum Hawa . MAAFKAN AKU :|
Tuesday, August 2, 2011 |
0
comments
0 comments:
Post a Comment